Takziah buat keluarga Allahyarham Dato’ Ishak Baharom
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.
Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas, dan kemungkinan akan dikebumikan jam 9.30 pagi esok.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh
Sumber : Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia
Lisa Wan : Inna lillah wa inna ilayhi raji’oon…
Semoga Allah memberkati dan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga Ustaz Ishak Baharom ditempatkan di antara golongan orang2 yg beriman di sisiNya. Amin.
Salam takziah dari lisa sekeluarga buat keluarga, teman seperjuangan Allahyarham dan semoga perjuangan Allahyarham demi mempertahankan dan memartabatkan agama Allah SWT akan sama2 kita teruskan dan perjuangkan…
No comments:
Post a Comment