30 Januari 2008, dunia seni setempat telah disentakkan dengan satu berita yang mengejutkan apabila penulis lirik yang tidak asing lagi iaitu Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 petang. Keadaan Allahyarham Loloq dikatakan stabil setelah menjalani pembedahan akibat pendarahan otak di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur kelmarin. Beliau yang juga merupakan seorang penulis lirik yang begitu aktif dan dikatakan sudah menulis lebih dari 1,000 seni kata di sepanjang hayatnya sebagai seorang penulis lirik yang berkaliber.
Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, Hairiah Yaakob dan 3 orang anak, Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.
Selain daripada bakat semulajadi di dalam arena penulisan, Loloq juga terlibat di dalam bidang lakonan dan antara filem yang pernah dibintanginya ialah Sara, Embun, Lang Buana, Zombie Kampung Pisang dan Man Laksa. Malah, beliau juga pernah beraksi di atas pentas teater dan drama sitcom.
Allahyarham yang dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Khas APM 2006 yang telah berlangsung di Singapura. Selain daripada itu beliau juga pernah dikurniakan beberapa anugerah lain di atas usaha gigihnya menulis lirik lagu yang bermutu.
Semoga Allah SWT memberkati dan mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan semoga beliau ditempatkan di antara golongan orang-orang yang beriman di sisiNya... Amin.
- Lisa wan
No comments:
Post a Comment