14 February 2008

Perkahwinan : Isteri Yang Ideal


Isteri Yang Ideal


Tiada berbunyi jika bertepuk sebelah tangan. Wanita juga memainkan peranan yang besar selaku seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Peranan yang dimainkan oleh seorang wanita dalam kacamata Islam terdiri dari:-

* Menjaga maruah keluarga
* Menjaga harta benda keluarga
* Melayan keperluan dzahir & batin suaminya
* Menguruskan tugas mengasuh dan mendidik anak-anak

Seorang isteri harus setia dan taat kepada suaminya, selagi ia tidak bertentangan dengan akidah, syarak, dan akhlak serta senantiasa menjaga kehormatan dirinya. Mereka harus bijak menyenangkan hati suami dan tidak menambahkan dari sebarang kekusutan fikiran dan menyusahkan suaminya.

Isteri yang ideal akan senantiasa berkelakuan sopan serta berpakaian serba cantik dan kemas semasa berhadapan dengan suaminya. Sebagai seorang wanita, mereka juga harus memberikan penjagaan yang sempurna kepada anak-anaknya.

Dan sebaik-baik isteri ialah isteri yang tidak memburuk-burukkan hal suaminya kepada orang luar, walaupun kepada mertuanya sekalipun.

Selain dari ciri-ciri individu yang harus ditekapkan bersama, untuk mencapai keluarga bahagia, suami-isteri harus mengadakan kegiatan-kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan jika terjadinya pertelingkaran ataupun perselisihan faham antara suami isteri, usahlah dipanjangkan. Ianya harus diselesaikan seberapa cepat yang mungkin.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Lisa Wan : Pada pendapat lisa, bersembahyang berjemaah juga harus digalakkan antara suami-isteri dan sebaiknya sekeluarga kerana ini dapat merapatkan tali kekeluargaan lebih2 lagi apabila si suami/isteri mempunyai perselisihan faham dan lantas bersembahyang berjemaah dapat menyejukkan hati masing2,wallahualam...

No comments: