28 May 2008

Promosi : Kembara Sufi, Ust Akhil Hayy



Lagu-lagu yang terdapat di dalam album Kembara Sufi :

1. al fatihah (1:10)
2. huwallah (1:49)
3. istighfar (3:58)
4. tasbih tahmid tahlil takbir (1:37)
5. allahu allah (2:21)
6. hasbi rabbi (3:04)
7. hasbi rabbi 2 (1:25)
8. tubna ya allah (4:13)
9. fasubhana man layaqdiru (2:08)
10. laisa laha min dunillah (2:30)
11. la ilaha illallah (1:49)
12. i'tiraf (3:11)
13. allahumma anta salam (1:18)
14. solatullah salamullah (3:54)
15. ya dzal jalal (3:00)
16. syahadah (0:58)
17. tahlil (3:45)
18. ya latif (3:49)
19. la ilaha illallah (1:08)
20. selawat (4:43)
21. doa munajat (6:55)

Sumber : iLuvislam::discover the beauty of Islam::

Fadhilat Berselawat ke atas Nabi



FADILAT BERSELAWAT KE ATAS NABI.



Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.

Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.

Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.

Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.

Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

Wallahualam..

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Tazkirah : Berkat Rezeki Kerana Sedekah



Tazkirah Jumaat: Berkat Rezeki Kerana Sedekah



Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang
dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

- Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
- Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
- Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
- Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
- Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
- Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).
- Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
- Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
- Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
- Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
- Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan
merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
- Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah'. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya.
- Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi, sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi.

Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Tanda2 Serangan Penyakit Sihir atau Misteri



TANDA-TANDA SERANGAN PENYAKIT SIHIR ATAU MISTERI



Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian /amal ibadat /pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga /saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Renungan bersama



Renungan bersama



Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat...... .
Muingkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain.....
Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka.... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !
Ya aku CINTA ALLAH .
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada seramai mungkin rakan2 muslim.
Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.
Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem"forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
SOLAT adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes:
Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar e-mail mengenai IS LAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.
Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.
Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan agar mereka di rahmati ALLAH dan di berkati AllAH di dunia dan di akhirat..... ..
Wassalam.... ...


Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Masjid Al-Aqsa apa ceritanya?



Masjid Al-Aqsa apa ceritanya?



Di kala Lubnan dan Gaza diserang secara intensif oleh tentera-tentera Rejim zionis, ramai yang terlupakan al-Aqsa. Badan-badan berita pun tiada yang membuat liputan mengenai Masjid al-Aqsa yang menjadi paksi kepada isu yang berlaku di Palestin dan Lubnan. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa, isu Palestin tidak akan menjadi perhatian dunia Islam. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, uamt Islam tidak akan tertarik untuk mengambil tahu mengenai isu Palestin. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, isu Palestin tidak akan dapat bertahan selama ini. Banyak lagi isu penjajahan tanah air umat Islam, kesemuanya telah berakhir, tetapi tidak isu Palestin. Semuanya kerana Masjid al-Aqsa.


Malangnya, ketika lensa-lensa kamera badan-badan berita antarabangsa sibuk dihalakan ke Lubnan pada hari ini, Masjid al-Aqsa terus dilupakan. Umat Islam rancak membicarakan tentang Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrullah, Qana, dan juga Condoleeza Rice, tetapi al-Aqsa bagaikan dilupakan. Apakah dengan rancaknya peperangan di Lubnan, bermakna al-Aqsa terpelihara dan terselamat ?, realitinya tidak!

Sehingga 22 Julai yang lepas, sudah genap tiga minggu umat Islam tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid suci ketiga, dan juga bumi Isra dan Mikraj itu kini tidak boleh dimasuki oleh umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Pada hari-hari biasa, hanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk memasuki Majsid. Milik siapakah masjid ini?

Sehingga kini, para pengawal yang terdiri daripada tentera-tentera Zionis bebas berkawal dan menguasai Masjid al-Aqsa. Merekalah yang menentukan siapakah yang berhak masuk dan siapa yang tidak berhak untuk memasuki masjid tersebut. Malang lagi, berita ini tidak menjadi isu. Muassasah al-Quds yang berpusat di Baitul Maqdis, melalui laman web mereka, Islamic-aqsa.com telah mendedahkan mengenai makar Zionis ini. Malang sekali lagi, tiada satu pun badan berita yang berminat dengan isu ini.


Brigade Al Aqsa mempertaruhkan nyawa untuk keselamatan masjid suci umat Islam , masjid Al Aqsa. Di mana kita ?

Mungkin berita umat Islam dilarang memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat bukanlah baru, tetapi bagaimana pula dengan pembinaan model "Haychal" (kuil) yang dibina di bawah Masjid tersebut?, ianya diletakkan di kawasan muzium Yahudi di bawah Masjid al-Aqsa. Bagaimana pula dengan kebenaran Mahkamah Tinggi Zionis kepada kumpulan "Temple Guardians" untuk memasuki Masjid al-Aqsa pada 3 Ogos 2006?

Kumpulan tersebut telah dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid untuk melakukan upacara keagamaan mereka. Kumpulan yang terkenal dengan cita-cita mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa itu akan menyambut hari memperingati kuil mereka. Di dalam literasi-literasi dan sebaran mereka, mereka menyeru umat Yahudi agar bersama mereka untuk membina kuil tersebut. Demi membina kuil berkenaan, maka mereka perlu terlebih dahulu merobohkan Masjid al-Aqsa. Mereka juga telah melakukan kempen secara besar-besaran menyeru kaum Yahudi bersama-sama mereka merayakan perayaan berkenaan secara besar-besaran. Perkara ini bukan rahsia lagi. Mengapakah Mahkamah Tinggi Zionis dan pihak keselamatan membenarkan mereka memasuki Masjid?



Wajib umat Islam sedunia mencintai masjid Aqsa di Palestin sama kita mencintai Masjidil Haram di Mekah




Apa yang pasti, umat Islam tidak akan dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid pada waktu tersebut. Beralasankan untuk menjaga keselamatan dan menjaga keamanan, umat Islam dilarang daripada memasuki masjid pada waktu kehadiran kumpulan yang ingin merobohkan masjid berada di dalamnya. Bukankah ini sesuatu yang ironik dan membahayakan masjid?

Umat Islam perlu mengambil tindakan tegas. Sampai bilakah kita hendak membiarkan Masjid al-Aqsa dihina sebegini rupa?, apakah sehingga ianya dirobohkan nanti?

Malangnya wakil-wakil OIC yang berada di Kuala Lumpur tidak membincangkan perkara ini dengan serius. Perwakilan hanya daripada 17 buah negara anggota itu hanya dibuaikan dengan perbincangan tentang isu Lubnan sahaja tanpa membincangkan isu Masjid al-Aqsa. Bukankah OIC itu sendiri diusahakan untuk menyatukan umat Islam demi menyelamatkan al-Aqsa!"


Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Tulang rusuk yang hilang



Tulang rusuk yang hilang



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Nasihat kpd yang suka buat maksiat



Nasihat kpd yang suka buat maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Biar susah, jangan menyusahkan.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Bicara Ulama dan Pramugari



Bicara Ulama dan Pramugari



Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari,

bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Kenapa tak rogol I?



Kenapa tak rogol I?



Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga andasemua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orangmukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.....

Mohazila Hamdan

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Kita disambut dengan azan diiringi dengan solat



Kita disambut dengan azan diiringi dengan solat



Bayangkan betapa singkatnya azan dan solat! Subhanallah, terlalu pendek kehidupan dunia. Alangkah malangnya kita seandainya bercakap soal akhirat tapi dalam masa yang sama masih mengidamkan nikmat dunia. Alangkah malangnya andai kita berbicara soal syurga Nya tetapi dalam masa yang sama masih melakukan dan membiarkan maksiat bermaharajalela. Betapa tak tahu malu kita pada Allah. Berbakul-bakul melaungkan kalimah cinta Allah dan rasul Nya tapi dalam masa yang sama melanggar syariat juga tidak mengamalkan sunnah rasul Nya sebaik mungkin. Malunya dengan Allah, malunya dengan Rasulullah kerana mengharapkan syafaatnya!

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan.

Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya, sehingga mereka mengingkari akan rahmat yang telah Kami berikan kepada mereka.

Maka bersenang-senanglah kamu sekalian kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu). Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.

Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (Ar-Ruum : 30-37)

Ya Allah, ampunilah kami atas setiap nikmat yang kami kufuri Setiap dugaan yang datang beserta hikmah yang tak terhingga. Dugaan disebabkan:

[1] Menghapuskan dosa
[2] Mengangkat martabat hamba

Semuanya tanda cinta Allah. Sebuah hadis mahsyur tentang kecintaan seorang ibu pada anaknya. Di mana suatu hari Rasulullah dan para sahabat duduk di satu tempat di mana berdekatan dengan mereka terdapat seorang ibu dan anaknya. Si ibu sedang memasak di unggun api. Dan apabila si anak mendekati unggun api, si ibu tangkas menjauhkan anaknya dari unggun api. Maka Rasulullah tersenyum melihat situasi tersebut. Sahabat bertanya Apakah yang membuatkan kau tersenyum? maka Rasulullah menjawab Sesungguhnya kasih sayang seorang ibu pada anaknya sehingga tidak mampu melihat anaknya sakit hatta terkena unggun api. Dan ketahuilah sesungguhnya kasih Allah pasa SETIAP hamba Nya lebih dari kasih seorang ibu pada anaknya.

Nah! Betapa kasihnya Allah pada kita SEMUA. Dan satu kisah lagi yang dibawakan oleh sahabat dari mesir yang membuat ana terlalu hiba... hakikatnya ana sangat-sangat hiba dengan hujahnya:

Siapakah kita untuk mendambakan cinta Nya, dengan hati yang berkarat mazmumah. Sedangkan cinta Allah terlalu hebat.... sangat-sangat luas dan sangat dahsyat kalau difikirkan. Sebagaimana sejarah kaum Nabi Musa. Di mana suatu hari seorang hamba berjumpa dengan Nabi Musa dan minta Nabi Musa mendoakan agar Allah memberikan cintaNya sebesar ZARAH ke dalam hatinya. Maka Nabi Musa mendoakan untuknya agar Allah memberikan cintaNya sebesar zarah seperti yang diminta oleh si hamba tersebut.

Beberapa ketika selepas itu, Nabi Musa tidak lagi mendengar khabar dari hamba tersebut. Maka, Nabi Musa mencari hamba tersebut ke tempatnya. Dan penduduk di situ menyarankan Nabi Musa untuk naik ke atas satu bukit kerana hamba tersebut sedang bertafakkur. Maka, Nabi Musa naik ke atas bukit tersebut dan masya Allah dia melihat hamba tersebut dengan khusyuk bertafakkur dan mengetahui kedatangan Nabi Musa.

Allahuakbarrrrrrr! Betapa beruntungnya kita dikurniakan akal... berfikirlah dengan iman dan suluhkan dengan taqwa pada Allah. Betapa nikmat nya apa yang dimiliki. Hanya sebesar zarah cinta Nya sudah cukup membuatkan si hamba tadi tahu kedatangan Nabi Musa... bayangkan asma Allah. Tidak cukup kah semua bukti ini?

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran : 29)

Kita umat akhir zaman, dan hanya ada 2 perkara saja yang perlu dipegang iaitu al-Quran dan As-Sunnah (AQ dan AS). insyaAllah kita akan selamat sampai bila-bila. Dan dengan keadaan sekarang, pelbagai fahaman yang bertentangan dengan syariah menular dan merebak. Maka, waspadalah... yakinilah AQ dan AS seperti sabda Rasulullah, mafhumnya: Aku tinggalkan 2 perkara yang tidak akan menyesatkan umatku hingga ke hari kiamat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Dan janji Allah sendiri bahawa SETIAP isi dalam AQ akan dipelihara Nya hingga ke hari kiamat.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (An-Nur : 46)

Wallahua¢lam. Salah silap harap dibetulkan. Perbincangan ini berlangsung hampir 2 jam dengan pelbagai hujah dan dalil qat¢ei dari sahabat-sahabat. Ana sedaya upaya meringkaskan ia dengan seringkas-ringkasnya. Mohon maaf atas setiap kesilapan. Yang baik dr Allah dan segala kekurangan datang dari ana sendiri.

Sabda Rasullullah S.A.W: celuplah jarimu ke dalam air laut, air yang menitik dari jarimu adalah nikmat dunia, baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat syurga.. renung2kanlah wahai sahabat2ku.. alangkah sedikitnya nilai kenikmatan dunia yang kita bangga2kan selama ini..


Hai sekalian manusia, bertaqwalah pada Tuhan kamu dan takutlah suatu hari yang pada hari itu seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia ini memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu memperdaya kamu dalam mentaati Allah. (Surah Luqman : 33)

Taqwa terdiri dari 4 perkara:
[1] Takut kepada Allah
[2] Bersyukur
[3] Beramal dengan Al-Quran
[4] Bersedia bertemu dengan Allah

[Kata-kata Saidina Ali r.a]

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Mimpi Seorang Gadis



MIMPI SEORANG GADIS



Untuk Renungan Bersama..... .

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

----------------------------

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesak ita n yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun mencer ita kan hal yang berlaku padanya :-

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, cer ita kanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku member ita hu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah...Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA...........SEBARKANLA .......

WASSALAM!!!. .......

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Kamar-kamar Syurga



Kamar-kamar Syurga



Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Wallahualam...

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Tip perkahwinan, Hidupkan suasana cinta suami isteri



Tip perkahwinan, Hidupkan suasana cinta suami isteri



Sekadar perkongsian....dipetik daripada sebuah akhbar tempatan

APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.

Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan.

“Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.”

“Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.

7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza.

Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah.

Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.

Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.

Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Jangan derhaka pada mertua



Jangan derhaka pada mertua



Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan! terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.! Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf disebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Wallahualam...

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Adab memotong kuku



Adab memotong kuku





























Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Betapa payahnya Malaikat2 meminta Tanah dari Bumi



BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI



Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Wallahualam...


Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Hadiah Buat Insan Tersayang yg telah Meninggal Dunia



HADIAH BUAT INSAN TERSAYANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA



Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.


Amalan-amalan tersebut di antaranya:

1. Mendoakan dan memohonkan keampunan

Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya.""Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami."


2. Bersedekah


Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku
bersedekah atas namanya?" Beliau menjawab, "Ya, dapat."


3. Berpuasa

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,"Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, 'Ya'.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhnya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.


4. Haji

Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, "seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ....tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran."


5. Solat


Ad Daruquthni meriwayatkan, "Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan
baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu."


6. Membaca al Quran


Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan 'Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada....(nama almarhum dan almarhumah)

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Kasih Tercipta Drpd Susuan Ibu



Kasih Tercipta Drpd Susuan Ibu



AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.

Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.

Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya... " - surah al-Baqarah: 233.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Arab dahulukala untuk menghantar anak mereka menyusu dengan seorang wanita di kawasan kampung.

Dua orang wanita yang diberi penghormatan untuk menyusukan Nabi Muhammad s.a.w ialah Suwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab dan Halimatus Saadiah daripada suku Bani Saad.

Selain menguatkan sistem imun badan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu ini turut belajar bahasa Arab dan adab yang murni kerana luar bandar biasanya bebas daripada pengaruh kota.

Dengan menyusukan Rasulullah, nama Halimatus Saadiah dikenang sehingga kini. Inilah kemuliaan yang diperolehnya.

Halimatus Saadiah bukanlah seorang yang kaya tetapi dia tetap sudi menyusukan baginda walaupun telah mengetahui Rasulullah ialah anak yatim piatu dan mungin tiada siapa yang akan membayar kerja susuannya.

Tetapi dengan hati yang ikhlas, Halimatus Saadiah menerima tugas menyusukan Nabi Muhammad.

Penghormatan yang diperoleh oleh Halimatus Saadiah ialah namanya dikenang sepanjang zaman kerana jasanya ke atas seorang rasul yang tidak pernah melihat wajah bapanya sejak lahir ke dunia.

Amalan menyusu anak amat digalakkan dalam Islam. Kedudukan ibu yang menyusukan anak digambarkan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Hajjaj al-Aslami bahawa dia bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang boleh menghilangkan ingatan hatiku daripada mengenang jasa orang yang telah menyusuiku?" Lantas Rasulullah menjawab dengan katanya: "Hendaklah kamu menghadiahkan kepadanya seorang hamba atau jariah yang masih kecil."

Seorang ibu yang menyusu anak dalam pangkuannya akan membuahkan ikatan kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

Bagi memperoleh khasiat dan keberkatan yang berpanjangan, ibu perlulah menjaga pemakanan. Pastikan setiap suapan makanan adalah halal, bersih dan baik.

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya." - surah al-Baqarah: 172.

Terima kasih ibu..

Sumber :Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

7 Cara menghilangkan Dengki



7 Cara menghilangkan Dengki




1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat tuah
2. Sanjung dan puji kebaikannya terutama dibelakangnya.
3. Tutup kelemahannya dan kesalahannya.
4. Ziarahi die dengan membawakan hadiah.
5. Hormatilah dan sayangilah orang-orang disekelilingnya seperti ibubapanya, ahli keluarganya, suaminya dan anak-anaknya.
6. Bela dia kalau ada yang memburuk-burukkannya.
7. Berdoalah kepada Allah agar dihilangkan rasa dengki itu.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Zikir Semasa Hamil



Zikir Semasa Hamil


Oleh: Zaafarani Zahirul Haq
http://www.books. perintis. com.my/


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buat ikhwah sekalian...
Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul "Wirid Ibu Hamil" karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.
1. Membaca Surah Al-'A'raaf : Ayat 54 - 56

Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu 'Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum...dan seterusnya


Al-A'raaf : 54 - 56
serta memohonkan perlindungan kepada Allah dengan mua'wwidzatain iaitu,

Surah Al-Falaq



dan Surah An-Naas.





Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawaa'id Al-Musnad dengan sanad hasan dari Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam membacakannya pada seseorang yang terkena penyakit gila ( kesurupan ).





2. Membaca Surah Al-Ahqaf : 35, An-Nazi'at : 46, Yusuf : 111
Imam Ibnul Qoyyim Raahimahullah dalam kitab Zaad Al-Ma'ad (IV/357) dan Ath-Thibb An-Nabawi ( h. 530 ) menyebutkan bahawa Ibnu Abbas Raadhiyallahu 'Anhu berkata, "Jika seorang wanita mengalami kesukaran melahirkan, handaknya ia mengambil sebuah wadah yang bersih lalu dituliskan ayat berikut ini ( untuk dimasukkan kedalamnya. )

Ayat tersebut adalah :









Q.S Surah Al-Ahqaaf : 35




Q.S An-Naazi'aat : 46,

Q.S Yusuf : 111.



Kemudian, air tersebut dibasuhkan dan diminumkan serta disapukan pada bahagian perutnya.

Disebutkan juga dalam kitab Al-Manhal Ar-Rawiyy karangan Ibnu Thulun ( h. 352 ) dan Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/170 ). Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Ad-Da'awat dari Ibnu Abbas secara mauquf. Abu Bakr al-Mawarzi mengatakan," Pernah ada seseorang yang datang menemui abu 'Abdillah lalu ia berkata," Wahai Abu Abdillah, apakah engkau berkenan menuliskan ayat untuk seorang wanita yang mengalami kesukaran melahirkan anaknya sejak dua hari lalu?" Ia kemudian berkata, "Katakan kepadanya agar menyiapkan wadah yang lebar dan za'faran. Saya melihatnya perlu melakukan hal itu tidak hanya sekali."


Lihat Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/358 ).

Sementara itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Fatawa ( XIX/64 ) mengatakan, "Orang yang terkena suatu penyakit boleh dituliskan untuknya ayat-ayat dari kitab Allah dan dimasukkan ke dalam bejana yang berisi air kemudian diminumkan kepada pesakit. Demikian seperti ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ulama lainnya,"


Dan banyak lagi doa lainnya yang boleh dibaca. Semuga yang sedikit ini bermanfaat.

Juga boleh membaca buku "Menanti buah hati + Hadiah untuk Yang Dinanti, Darul Qalam, Jakarta oleh al-Ustadz Abdul Hakim dimana dijelaskan bagaimana kewajiban orang tua terhadap anaknya ketika menyambut si buah hati lahir hingga mendidiknya disertai dalil-dalil yang InsyaAllah dapat dipertanggungjawabk an, misalnya bagamaina hukum mengadzankan ketelinga si anak ketika lahir yang banyak diyakini para orang tua sebagai perkara wajib dilakukan, masalah aqiqah, memberi nama, dan Bid'ah-bid'ah yang dianggap baik yang berhubungan dengan judul diatas.

Sumber: Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa