21 March 2008

Salam Maulidur Rasul 1429H



- lisa wan

20 March 2008

Tazkirah : Bila MAUT Datang Mendadak...


Tazkirah Jumaat - BILA MAUT DATANG MENDADAK.... ...


Aku bimbang ...sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ............ ..... apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKON G PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang..imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..hilangla h aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke
masjid seperti oranglain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang
telah meninggal
dunia"

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Azan dan Kebakaran


Azan dan Kebakaran


Azan disyari'atkan untuk menandakan masuknya waktu solat. Dalil: al Juma'ah: 9 dan al Maidah:58 juga banyak hadith-hadith yang hasan sahih. Hukum azan:
Hambali: fardhu kifayah Madzhab lain: Sunnat mu'akkad. Syafi'iy berkata: azan
itu sunnat solat; Madzhab lain: Sunnah waktu sahaja..

Adapun kegunaan kaifiat azan (kegunaan azan) untuk selain itu di istinbat (dikeluarkan) oleh ulama' Usyul apabila mereka melihat RasuluLlah saw azan dan iqamat kepada cucunya yang baru lahir al hassan dan alHussain. Maka Ulamak berbahas bahawa azan boleh digunakan untuk pelbagai keadaan termasuklah bila berlaku kebakaran. Dalam kitab' Hasyiah Qalyubi wa Umairah -Syarah kepada Matan Minhaj Taalibin (Imam an Nawawi) ' oleh Syaikh Syihabuddin al Qalyubi dan Syaikh Umairah; Juga dalam kitab Fiqh Islami karangan Wahbah Zuhaili bab 'Azan Selain Solat' menjelaskan kaifiat azan untuk perkara-perkara berikut:

1. Meletusnya peperangan;

2. Bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan, iqamat telinga kiri)

3. Orang yang histeria atau disampuk jin

4. Pergaduhan

5. Sebelum bermulanya musafir

6. Bila berlakunya kebakaran

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Sempena Maulidur Rasul : Cintai Rasulullah SAW




Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 20/3 ini. Muat turun fail akhlak Rasululullah
::: DI SINI :::


Dalam kitab Shahih Bukhari, terdapat hadis yang mengetengahkan kepentingan mencintai Rasulullah yang berbunyi: “Tidak sempurna iman di kalangan kamu hingga aku lebih dicintainya daripada ibu bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya.”

Hadis itu membawa maksud setiap mukmin berkewajipan meletakkan kecintaan dan kasih pada Rasulullah mengatasi segala-galanya. Mengikut iktiqad ahli sunnah wal jamaah, Nabi Muhammad adalah insan yang paling afdhal di sisi Allah.

Baginda adalah insan pilihan Allah s.w.t untuk menyampaikan risalah Islam buat umat sejagat. Demi menyelamatkan akidah umat, baginda sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut seribu satu pengorbanan.

Allah menceritakan peranan Rasulullah dalam satu ayat bahagian yang terakhir daripada surah at-Taubah: “Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan kebahagiaan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang beriman.”

Nabi Muhammad adalah insan pilihan Allah. Baginda dicipta dengan seindah-indah ciptaan. Baginda dihiasi rupa paras yang menawan, akhlak yang terbaik dan sebagai manusia yang memiliki pelbagai kehebatan.

Sahabat Rasulullah amat mengenali peribadi baginda hingga ke akar umbi. Pergaulan mereka dengan Rasulullah menghasilkan satu momentum besar dalam diri dan melakarkan kenangan yang kekal abadi di dalam sanubari mereka.

Sahabat mengambil inisiatif untuk memuliakan baginda dan mencontohi sunnah yang dibawanya.

Kata-kata sahabat adalah ungkapan yang paling tepat untuk dijadikan rujukan dalam hal bagaimana bentuk penampilan, budi pekerti, gaya kepimpinan dan sebagainya mengenai Rasulullah. Berikut sebahagian informasi yang diberikan sahabat berkaitan kemuliaan Rasulullah:

Berkata Aisyah, isteri Rasulullah tercinta: “Adalah akhlak Rasulullah (gambaran) al-Quran.”


Berkata Anas b Malik : “Tidak ada seorang pun yang bercakap-cakap dengan Rasulullah kecuali orang itu terlebih dahulu beredar sebelum Rasulullah beredar (tatkala selesai berbual kerana baginda ingin menyenangkan hati orang itu). “Tiada seorang pun yang berjabat tangan dengan Rasulullah melainkan orang itu yang terlebih dahulu melepaskan tangannya (daripada tangan baginda yang mulia ).”Rasulullah adalah orang yang pertama memulakan salam kepada mereka yang dijumpainya dan orang pertama mendahului menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan mereka.Pernah baginda menghamparkan pakaian miliknya dan menghulurkan bantal (alas duduk) kepada tetamu (sebagai adab meraikan tetamu).


Anas memuji lagi baginda dalam hadis yang lain: “Aku tidak pernah mencium sesuatu haruman yang lebih wangi sama ada anbar atau wangian kasturi atau sumber yang lain yang terlebih harum daripada wangian badan Rasulullah.

Berkata Al-Baraa’: “Adalah Rasulullah orang yang paling menawan wajahnya dan baik akhlaknya.”


Jabir b Abdullah meriwayatkan bahawa suatu ketika ketika bulan terang benderang: “daku sedang menatapi kepada wajah Rasulullah (yang berada di samping) dan juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku wajah Rasulullah terlebih indah daripada bulan.”


Saidina Ali menegaskan bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa pun yang terlebih kacak dan segak sama ada sebelum bertemu Rasulullah dan selepas bertemu yakni dalam tempoh sepanjang hayatnya.


Berkata Ibnu Abbas: “Adalah Rasulullah insan yang amat pemurah.”


Berkata Saidina Husin: “Rasulullah sentiasa tersenyum. Budi pekertinya indah dan baik, seorang yang merendah diri, tidak berlaku kasar, tidak bersuara keras, tidak melakukan dan mengucapkan dengan perkara keji.”Semua ini sekadar secebis daripada ribuan ciri-ciri keistimewaan junjungan besar Nabi Muhammad. Sahabat tidak rela berpisah dengan Rasulullah walaupun sesaat.Apabila Rasululah dijemput pulang menghadap Allah, mereka diselubungi perasaan sangat sedih. Sahabat hampir hilang kawalan dan menangis tidak henti-henti melihat pemergian kekasih mereka yang banyak berjuang selama ini demi menyelamatkan mereka daripada menjadi bahan bakar neraka.

Perutusan Nabi Muhammad amat bermakna buat umat manusia. Dengan kedatangan baginda manusia mula mengenali erti tamadun yang sebenar. Tanpa tunjuk ajar baginda, manusia hilang identiti sebagai insan berakal serta hilang arah dalam mengenali erti peradaban yang diredai Allah. Baginda berjaya mengubah alam kekufuran yang menghantui manusia dengan sinaran tauhid dan rahmat.

Allah mengutuskan Nabi Muhammad dengan slogan ‘saiyyidul mursalin wa khatamun nabiyiin’ - penghulu rasul dan utusan terakhir untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

Baginda bersungguh-sungguh, berjihad, berkorban apa sahaja dalam menyampaikan amanat Allah supaya manusia akhirnya akur kepada pencipta mereka yang maha agung.

Firman Allah di dalam surah Ahzab: “Wahai nabi! Sesungguhnya kami mengutuskan kau sebagai saksi umat manusia, pemberi berita gembira (mengenai ganjaran beramal soleh) dan pemberi ancaman (terhadap mereka yang ingkar). Serta penyeru kepada Allah dengan keizinan-Nya dan sebagai cahaya yang memerangi alam.” (ayat 45 dan 46: surah al-Ahzab)

Jasa Rasulullah terlalu besar untuk dihitungkan. Rasulullah pernah terseksa demi kebahagiaan umat Islam. Sirah mendedahkan bahawa Rasulullah pernah tercedera dan patah gigi dalam perjuangan dakwah.

Rasulullah pernah dihina dan diancam melalui percubaan bunuh oleh golongan kafir yang menentang risalah Islam. Tanpa Rasulullah kita tidak mengenal apa itu Islam, siapa pencipta alam ini dan akhirnya kita terus terbelenggu dengan rantaian kekufuran. Persoalannya, adakah majoriti umat Islam mengasihi dan menghargai pengorbanan baginda? Apakah muslimin dan muslimat benar-benar mengamati peribadi Rasulullah selaku insan pilihan?

Sebagai membuktikan kecintaan kita pada Nabi Muhammad, kita perlu mengorak langkah berikut:


Sedarilah as-sunnah adalah peninggalan berharga kepada umat Islam. Mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai tanda kita mengasihi baginda. Sabda Rasulullah: “Barangsiapa taat kepadaku (mengamalkan ajaran Islam yang terkandung di dalam as-sunnah), maka ia sesungguhnya taat kepada Allah. Firman Allah: “Katakanlah wahai Muhammad (kepada umatmu) seandainya kamu mencintai Allah (sebagai buktinya) ikutilah (sunnah) aku.” (ayat 31 : surah al-Baqarah ).

Memperbanyakkan ucapan salam sejahtera pada Rasulullah, iaitu selawat. Baginda amat kasih pada mereka yang banyak berselawat kepada baginda.Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”


Janganlah memperkecil-kecil, menghina dan menpertikai Rasulullah, keluarganya dan sahabatnya. Perbuatan itu boleh membatalkan iman.Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk sensitif, prihatin dan membela kekasih Allah sebagai bukti kecintaan kita kepadanya.Dengan tiga inisiatif yang disebutkan tadi, dapatlah kita amalkan supaya dipermudahkan kita masuk syurga bersampingan dengan Rasulullah yang mulia.

Ulama menyatakan, nikmat dan ganjaran paling berharga di syurga ialah dapat melihat Allah. Di samping itu, nikmat yang tiada taranya ialah berpeluang bersama Rasulullah.

Oleh Muhd Yusry Affandy Yusuff al-Hafiz

- Penulis adalah pengajar di Maktab Mahmud, Alor Star.
Sumber : :: Di Sini ::

Lisawan : Subhanallah... semoga artikel ini dapat memberi manfaat serta rasa sayang dan cinta kita pada kebesaran Allah SWT dgn terciptanya pemimpin ulung kita tidak lain tidak bukan iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW dan semoga membuka mata penglihatan dan mata hati kita akan pengorbanan Ya Rasulullah buat umatnya...

08 March 2008

Tazkirah : Dunia ibarat sebuah pulau yang disinggah


Dunia ibarat sebuah pulau yang disinggah


Dunia ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman, iaitu akhirat. Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya dari alam mana.

Ditengah-tengah pelayaran, kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama "Dunia". Di sini penumpang-penumpangnya berehat sementara bagi mencukupkan sebarang keperluan kecil dalam pelayaran seterusnya ke pelabuhan bahagia.

Rumput-rumput di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih . Sesiapa yang memandang pasti terpesona dengan keindahan dan kenikmatan yang terdapat di pulau ini.

Kapten kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar untuk beristirehat sambil melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada daripada mereka yang lalai apabila terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya. Ini kerana bila tiba masa untuk belayar, kapal akan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan.

Semua penumpang pun turun dari kapal dan meninjau-ninjau keindahan dan kecantikan pulau tersebut. Ada sebahagian dari mereka menikmati kenikmatan dan keindahan pulau dengan sebaik yang mungkin dan ada ramai pula yang leka. Sebahagiannya patuh kepada peringatan kapten, tetapi sebahagiannya lalai dan terleka dan mendapati tempatnya dikapal itu telah diduduki orang. Mereka yang ingat kepada arahan kapten, berusaha sebaik munggunakan segala kenikmatan dan keindahan pulau ini. Ada yang mengambil bunga-bunga yang cantik berseri lagi mewangi untuk dibawa belayar bersama. Ada yang mengambil air yang bersih dan jernih sebagai bekalan semasa pelayaran dan ada juga sebahagian dari mereka yang mengambil lampu-lampu yang indah bercahaya untuk menghiasi penginapan mereka sekembali mereka ke kapal. Namun begitu masih terdapat sebahagian besar daripada mereka yangterus leka dan lalai dan lupa bahawa pelayarannya masih jauh. Dia terpengaruh kerana terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada tempat lain lagi seindah itu. Mereka menikmati makanan-makanan yang enak di pulau tersebut sehingga tidak sedar bahawa masa untuk meneruskan pelayaran hampir tiba. Ada yang sedang leka bermain di tepi pantai yang indah, ada yang sedang leka bemain ditaman-taman yang dihiasi bunga-bunga yang cantik lagi berseri, ada juga di kalangan mereka yangsedang enak menjamu selera sehingga terlupa akan pesanan kapten kapal tadi.

Berkali-kali loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik ke kapal, tetapi mereka membuat endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Malah ada di kalangan mereka yang terdengar akan loceng peringatan itu tetapi mereka buat tidak endah. Bagi mereka tiada tempat lain yang lebih cantik, indah dan seronok selain pulau ini. ( Dunia). Akhirnya, bila tiba masa seperti yang telah ditetapkan, maka kapal membongkar sauhnya dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau itu.

Apabila mereka telah berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa pulau itu bukan tempat sebenar yang dituju. Disitu dia dikeliling air, dia menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi. Kapal telah semakin jauh meninggalkannya. Mereka menangis dan meraung meminta diambil semula.

Orang-orang tiada lagi yang jadi kawan, dan kapal lain tiada lagi yang datang. Sesal bertimpa-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana. Segala keindahan dan kecantikan di pulau tersebut semakin hilang dari pandangan. Taman-taman yang dihiasi dengan bunga-bunga yang berseri dan harum mewangi kini hilang serinya dan baunya juga bertugar ganti. Tiada lagi haruman, tiada lagi kecantikan dan keindahan untuk dinikmati. Suasana yang indah berseri telah bertukar ganti. Maka berkeliaranlah ular, kala, lipan dan binatang-binatang berbisa keluar dari sarangnya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah banyak mengancam. Kini baru mereka sedar bahawa pulau yang dinamakan "dunia" itu tidak membawa kebahagian yang berkekalan. kenikmatan dan keseronokan yang mereka nikmati hanyalah sementara sahaya. Barulah mereka sedar jika mereka patuh pada peringatan kapten kapal tadi sudah tentu mereka tidak akan menghadapi keseksaan di kecam binatang-binatang yang berbisa. Penyesalan yang timbul sudah tiada erti lagi kerana kapal tersebut tidak akan kembali untuk mengambil mereka. Tinggallah mereka yang leka di pulau tersebut dan menghadapi serangan binatang-binatang buas tersebut.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan bagi mereka yang beriman dan mengerjakan perbuatan yang baik; dan mewasiatkan (mengingatkan) satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain supaya berhati teguh (Taqwa)."

Al-Ashr

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

04 March 2008

Tazkirah : 10 sikap buruk manusia yang dicela Allah


10 sikap buruk manusia yang dicela Allah


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan
----------------------------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
---------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
-----------------------
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
----------------
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
---------------------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
---------------------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
-------------------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
-----------------------
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
----------------------------------
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
-----------------------------------
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Tazkirah : Surah Al-Kautsar




"Surah Al-Kautsar"


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada
batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wallahualam..

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Rasulullah SAW menangis


Rasulullah SAW menangis


Pernah Malaikat Jibrail mengunjungi Rasulullah SAW dengan maksud memberitahu apa yang baru ia lihat :
"Hai Muhammad, kedatangan saya kali ini khusus untuk memberitahukan kepadamu, bahawa Allah mengeluarkan perintah kepada para malaikat supaya menambah panasnya api neraka dan meningkatkan jumlah alat-alat penghembus untuk menyambut akan tibanya hari kiamat yang tak lama lagi"
Cubalah terangkan kepada saya bagaimana keadaan neraka itu?', ujar Nabi kepada Jibrail.

Kemudian Jibrail bercerita :
"Pertama-tama Allah menyuruh dinyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga menjadi merah mawar warnanya. Kemudian Allah perintahkan lagi supaya panas api ditingkatkan selama seribu tahun lagi sehingga menjadi ungu tua dan gelap warnanya. Jilatan-jilatannya tidak dapat dilihat.

Demi yang mengutus anda hai Muhammad, sekiranya sehelai saja dari pakaian penghuni neraka itu dilemparkan ke bumi nescayalah mati mendadak segenap penghuninya, insan dan haiwan, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Seandainya semangkuk air minum penghuni neraka dicampurkan pada seluruh air yang ada di bumi ini, pastilah mati dengan segera yang meminumnya.

Gunung-gunung berapi pun akan menjadi cair jika padanya diletakkan sebuah mata rantai neraka yang disebut dalam Al-Quran. Seandainya salah seorang hanya sekejap saja dicelupkan di neraka, lalu dipertunjukkan di bumi, maka akan jatuh pengsan tiap makhluk yang melihatnya, sebab rupanya sangat buruk dan baunya pun sangat menusuk hidung"

Mendengar cerita tadi Nabi SAW menangis, begitu juga Jibrail as. sebab mereka hiba dan merasa kasihan kepada orang-orang yang tidak sedar, tidak tunduk pada ketentuan dan kaedah-kaedah Allah yang berlaku sejak dahulu.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Tazkirah : 4 perkara yang berharga


4 perkara yang berharga


Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

# "Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka... . Akal boleh hilang disebabkan marah.
# Agama boleh hilang disebabkan dengki.
# Malu boleh hilang disebabkan tamak.
# Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

# Memberi maaf pada waktu marah.
# Suka memberi pada waktu susah.
# Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
# Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa