Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

28 May 2008

Kasih Tercipta Drpd Susuan Ibu



Kasih Tercipta Drpd Susuan Ibu



AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.

Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.

Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya... " - surah al-Baqarah: 233.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Arab dahulukala untuk menghantar anak mereka menyusu dengan seorang wanita di kawasan kampung.

Dua orang wanita yang diberi penghormatan untuk menyusukan Nabi Muhammad s.a.w ialah Suwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab dan Halimatus Saadiah daripada suku Bani Saad.

Selain menguatkan sistem imun badan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu ini turut belajar bahasa Arab dan adab yang murni kerana luar bandar biasanya bebas daripada pengaruh kota.

Dengan menyusukan Rasulullah, nama Halimatus Saadiah dikenang sehingga kini. Inilah kemuliaan yang diperolehnya.

Halimatus Saadiah bukanlah seorang yang kaya tetapi dia tetap sudi menyusukan baginda walaupun telah mengetahui Rasulullah ialah anak yatim piatu dan mungin tiada siapa yang akan membayar kerja susuannya.

Tetapi dengan hati yang ikhlas, Halimatus Saadiah menerima tugas menyusukan Nabi Muhammad.

Penghormatan yang diperoleh oleh Halimatus Saadiah ialah namanya dikenang sepanjang zaman kerana jasanya ke atas seorang rasul yang tidak pernah melihat wajah bapanya sejak lahir ke dunia.

Amalan menyusu anak amat digalakkan dalam Islam. Kedudukan ibu yang menyusukan anak digambarkan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Hajjaj al-Aslami bahawa dia bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang boleh menghilangkan ingatan hatiku daripada mengenang jasa orang yang telah menyusuiku?" Lantas Rasulullah menjawab dengan katanya: "Hendaklah kamu menghadiahkan kepadanya seorang hamba atau jariah yang masih kecil."

Seorang ibu yang menyusu anak dalam pangkuannya akan membuahkan ikatan kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

Bagi memperoleh khasiat dan keberkatan yang berpanjangan, ibu perlulah menjaga pemakanan. Pastikan setiap suapan makanan adalah halal, bersih dan baik.

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya." - surah al-Baqarah: 172.

Terima kasih ibu..

Sumber :Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

Zikir Semasa Hamil



Zikir Semasa Hamil


Oleh: Zaafarani Zahirul Haq
http://www.books. perintis. com.my/


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buat ikhwah sekalian...
Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul "Wirid Ibu Hamil" karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.
1. Membaca Surah Al-'A'raaf : Ayat 54 - 56

Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu 'Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum...dan seterusnya


Al-A'raaf : 54 - 56
serta memohonkan perlindungan kepada Allah dengan mua'wwidzatain iaitu,

Surah Al-Falaq



dan Surah An-Naas.





Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawaa'id Al-Musnad dengan sanad hasan dari Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam membacakannya pada seseorang yang terkena penyakit gila ( kesurupan ).





2. Membaca Surah Al-Ahqaf : 35, An-Nazi'at : 46, Yusuf : 111
Imam Ibnul Qoyyim Raahimahullah dalam kitab Zaad Al-Ma'ad (IV/357) dan Ath-Thibb An-Nabawi ( h. 530 ) menyebutkan bahawa Ibnu Abbas Raadhiyallahu 'Anhu berkata, "Jika seorang wanita mengalami kesukaran melahirkan, handaknya ia mengambil sebuah wadah yang bersih lalu dituliskan ayat berikut ini ( untuk dimasukkan kedalamnya. )

Ayat tersebut adalah :









Q.S Surah Al-Ahqaaf : 35




Q.S An-Naazi'aat : 46,

Q.S Yusuf : 111.



Kemudian, air tersebut dibasuhkan dan diminumkan serta disapukan pada bahagian perutnya.

Disebutkan juga dalam kitab Al-Manhal Ar-Rawiyy karangan Ibnu Thulun ( h. 352 ) dan Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/170 ). Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Ad-Da'awat dari Ibnu Abbas secara mauquf. Abu Bakr al-Mawarzi mengatakan," Pernah ada seseorang yang datang menemui abu 'Abdillah lalu ia berkata," Wahai Abu Abdillah, apakah engkau berkenan menuliskan ayat untuk seorang wanita yang mengalami kesukaran melahirkan anaknya sejak dua hari lalu?" Ia kemudian berkata, "Katakan kepadanya agar menyiapkan wadah yang lebar dan za'faran. Saya melihatnya perlu melakukan hal itu tidak hanya sekali."


Lihat Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/358 ).

Sementara itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Fatawa ( XIX/64 ) mengatakan, "Orang yang terkena suatu penyakit boleh dituliskan untuknya ayat-ayat dari kitab Allah dan dimasukkan ke dalam bejana yang berisi air kemudian diminumkan kepada pesakit. Demikian seperti ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ulama lainnya,"


Dan banyak lagi doa lainnya yang boleh dibaca. Semuga yang sedikit ini bermanfaat.

Juga boleh membaca buku "Menanti buah hati + Hadiah untuk Yang Dinanti, Darul Qalam, Jakarta oleh al-Ustadz Abdul Hakim dimana dijelaskan bagaimana kewajiban orang tua terhadap anaknya ketika menyambut si buah hati lahir hingga mendidiknya disertai dalil-dalil yang InsyaAllah dapat dipertanggungjawabk an, misalnya bagamaina hukum mengadzankan ketelinga si anak ketika lahir yang banyak diyakini para orang tua sebagai perkara wajib dilakukan, masalah aqiqah, memberi nama, dan Bid'ah-bid'ah yang dianggap baik yang berhubungan dengan judul diatas.

Sumber: Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa