28 May 2008

Islam sejati kurangkan makan banyakkan ibadah



Islam sejati kurangkan makan banyakkan ibadah


Pada zaman Rasulullah..datanglah seorang mushrikin bercakap tentang Islam dengan Rasulullah. Ketika sedang berbual-bual itu, maka Rasulullah menuangkan segelas susu sambil memerhatikan gelagat si mushrikin tadi. Selepas habis segelas susu, Rasulullah menuangkan susu kali kedua, dan habis diminum oleh mushrikin tersebut.

Akhirnya 3 gelas susu habis diminum , barulah tamat perkara yang dibualkan dan si mushrikin tadi pun baliklah.

Selang beberapa hari, mushrikin itu datang semula kepada Rasulullah untuk menyatakan yang dia sekarang sudah Islam kerana terpikat dan tertarik dengan peribadi Rasulullah yang begitu dikaguminya. Seperti biasa, Rasulullah menjamukannya dengan susu, tapi kali ini dia minum sedikit demi sedikit sehinggalah apabila perbualan tamat, hanya segelas susu yang diminumnya. Rasulullah memerhatikan gelagat orang itu dan tersenyum.

Kemudian Rasulullah pun menceritakan peristiwa itu kepada para sahabat, perihal pengunjung tadi dan bagaimana berbezanya dia sebelum memeluk agama Islam dan selepasnya. Sebelum memeluk agama Islam, habis 3 cawan susu diminumnya dengan gelojoh, tetapi selepas memeluk Islam, dia minum dengan perlahan dan cuma segelas sahaja susu yang diminumnya. Itulah antara peribadi Islam sejati .

Ini sesuai dengan hadis yang berbunyi: Orang Islam itu tidak makan kecuali lapar, dan mereka berhenti makan sebelum kenyang. Kata Imam Shafie, perut kita terbahagi kepada 3 iaitu sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga lagi udara."

Jika keseimbangan antara ketiga-tiganya tidak di capai, maka kita akan menjadi malas untuk beribadat ataupun untuk bekerja. Apabila perut kurang diisi dengan makanan, maka kita menjadi rajin dan ringan tulang untuk menambahkan ibadat kita. Tidak hairanlah jika kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain.

Sumber : Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa

No comments: